Untuk mengetahui berapa banyak wang yang anda perlukan untuk membuka urusniaga, anda boleh gunakan Kalkulator Trading di laman web kami.
Untuk mengira margin, pilih instrumen, saiz lot, matawang akaun anda, dan leveraj:
Tekan butang hijau “Kira”, dan margin yang diperlukan (dana yang diperlukan untuk membuka pesanan) akan muncul dalam jadual di sebelah kanan.
Sebagai contoh dengan pasangan matawang EURUSD, 0.1 lot, dan leveraj 1:3000, anda memerlukan kira-kira $3.48 untuk buka pesanan ini.
Di mana:
Instrumen - adalah instrumen trading yang anda akan dagangkan;
Saiz lot - adalah volum pesanan anda, berapa banyak yang anda akan dagangkan;
Matawang - adalah matawang akaun trading anda (EUR atau USD);
Leveraj - adalah leveraj semasa akaun anda;
Harga ask - adalah anggaran harga ask untuk pasangan matawang ini pada masa ini;
Harga bid - adalah anggaran harga bid untuk pasangan matawang ini pada masa ini;
Saiz kontrak - ialah saiz kontrak instrumen trading yang anda pilih, dan nilainya berubah mengikut saiz lot yang dipilih;
Nilai poin - menunjukkan kos satu poin untuk pasangan matawang ini;
Spread - adalah amaun komisen yang anda bayar kepada broker anda untuk pesanan ini;
Swap long - adalah kadar faedah yang akan dikenakan ke atas urusniaga anda jika anda membuka pesanan beli dan mengekalkan posisi itu semalaman;
Swap short - adalah kadar faedah yang akan dikenakan ke atas pesanan jual anda jika anda membiarkannya aktif semalaman;
Margin - adalah amaun minimum yang perlu ada dalam akaun anda untuk membuka pesanan tertentu.